Soalan Lazim

by admin

Kad Personel Binaan CIDB adalah kad/lesen yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja binaan yang telah menjalani latihan asas & keselamatan ditapak binaan. Pekerja binaan wajib memiliki Kad Personel Binaan CIDB yang sah sebelum memasuki tapak binaan.

Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar CIDB ini direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar bercirikan transaksi perdagangan.

Pilih jenis pemegang kad, isi borang & buat bayaran pembaharuan kad secara online.

Selepas permohonan & bayaran diterima, ia akan diproses dan Pas Sementara CIDB (sah untuk 60 hari) akan di email kepada pemegang kad. Kemudian, Kad Personel Binaan CIDB yang diperbaharui akan di pos kepada pemegang kad oleh CIDB.

Urus Lesen dapat membantu pekerja & majikan perbaharui Kad Personel Binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan lebih mudah & lancar. Dengan kepakaran yang ada, setiap permohonan dapat disiapkan lebih cepat & tidak membebankan anda.

Ya, semua bayaran akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonan tidak berjaya kecuali caj proses sebanyak RM10 akan dikenakan.

CIDB Green Card & Kad Hijau CIDB adalah sama. Ianya adalah akuan sah bagi personal binaan untuk memasuki tapak binaan.