ANDA FOKUS PROJEK, KAMI URUS LESEN

JANGAN SAMPAI LESEN MATI BILA TENDER DAH KELUAR

Urusan CIDB, SPKK, STB dan MOF diurus dengan betul supaya syarikat boss kekal layak ambil projek dan masuk tender.

Pendaftaran Lesen Kontraktor CIDB

Nak Daftar CIDB Tapi Tak Pasti Nak Mula Dari Mana?

Ramai kontraktor pening bila nak urus CIDB kali pertama. Salah dokumen atau syarat tak lengkap boleh menyebabkan permohonan kena reject dan proses jadi lebih lama.

UrusLesen bantu semak keperluan syarikat, susun dokumen dan urus proses pendaftaran supaya lebih lancar dan teratur.

✓ Pendaftaran Baharu CIDB
✓ PPK, SPKK & STB
✓ Tambah Kod Bidang
✓ Naik Gred G1 hingga G7
✓ Semakan Dokumen Sebelum Submit

Pendaftaran Lesen MOF / ePerolehan

Nak Masuk Tender Kerajaan Tetapi MOF Belum Aktif?

Tanpa pendaftaran MOF dan kod bidang yang betul, syarikat tidak layak menyertai banyak peluang tender dan sebut harga kerajaan.

UrusLesen membantu urus pendaftaran baharu, pembaharuan dan kemaskini MOF supaya syarikat boss sentiasa bersedia apabila peluang tender dibuka.

✓ Pendaftaran Baharu MOF
✓ Pembaharuan MOF
✓ Tambah Kod Bidang MOF
✓ Kemaskini Maklumat Syarikat
✓ Persediaan Kelayakan Tender

PERKHIDMATAN KAMI

Urusan Lesen Tak Perlu Jadi Punca Projek Tertangguh

Ramai kontraktor hanya mula bertindak apabila lesen hampir tamat, dokumen kena reject atau tender sudah dibuka.

UrusLesen membantu mengurus keperluan CIDB dan MOF supaya syarikat boss kekal aktif, kekal layak dan sentiasa bersedia untuk peluang projek yang datang.

Nak Mula Ambil Projek Tetapi Belum Ada CIDB?

Daftar Lesen Kontraktor CIDB

Pendaftaran pertama kali boleh jadi pening jika tak pasti syarat dan dokumen yang diperlukan.

Pasukan kami bantu semak dan urus proses supaya permohonan dapat dibuat dengan lebih teratur.

✓ Pendaftaran Baharu CIDB
✓ PPK, SPKK & STB
✓ Semakan Dokumen

Jangan Tunggu Sampai Lesen Mati

Pembaharuan Lesen CIDB

Ramai kontraktor terlepas peluang projek kerana hanya semak lesen apabila sudah hampir tamat tempoh.

Kami bantu urus pembaharuan lebih awal supaya syarikat boss terus aktif dan bersedia untuk tender.

✓ Pembaharuan CIDB
✓ Semakan CCD Point
✓ Kemaskini Maklumat

Nak Masuk Site Tetapi Belum Ada Kad Hijau?

Daftar Baharu Kad Hijau CIDB

Kad Hijau merupakan keperluan penting bagi kebanyakan pekerja binaan sebelum dibenarkan memasuki tapak projek.

Kami bantu urus pendaftaran supaya proses menjadi lebih mudah.

✓ Pendaftaran Baharu
✓ Kursus Berkaitan
✓ Panduan Lengkap

Kad Hijau Dah Tamat Tempoh?

Pembaharuan Kad Hijau CIDB

Jangan tunggu sehingga pekerja tidak dibenarkan memasuki tapak projek.

Kami bantu semak status dan urus pembaharuan dengan lebih cepat dan teratur.

✓ Semakan Status
✓ Pembaharuan Kad Hijau
✓ Bantuan Dokumen

SCORE Kini Menjadi Keperluan Penting Untuk Banyak Kontraktor

Pelaksanaan Penilaian SCORE

Ramai syarikat hanya menyedari keperluan SCORE apabila ingin menyertai projek atau meningkatkan kedudukan syarikat.

Pasukan kami membantu memberi panduan dan persediaan bagi memenuhi keperluan penilaian SCORE.

✓ Semakan Keperluan
✓ Persediaan Dokumen
✓ Panduan SCORE

Tak Cukup Mata CCD Untuk Renewal?

Kursus Mata CCD

Ini antara punca paling biasa pembaharuan lesen menjadi tertangguh.

Kami membantu kontraktor mendapatkan mata CCD yang diperlukan supaya proses pembaharuan berjalan dengan lebih lancar.

✓ Mata CCD Untuk Renewal
✓ Kursus Berkaitan CIDB
✓ Panduan Pematuhan

Kenapa Kontraktor Pilih UrusLesen?

Kami faham masalah sebenar kontraktor. Daripada pendaftaran baharu hingga kes lesen bermasalah, kami bantu urus supaya proses lebih lancar dan risiko kesilapan dapat dikurangkan.

Semakan Dokumen Sebelum Hantar

Ramai permohonan kena reject kerana dokumen tidak lengkap atau maklumat tidak tepat. Kami semak terlebih dahulu sebelum submit supaya proses berjalan dengan lebih lancar.

Kenal Pasti Punca Masalah

Tak semua permohonan gagal kerana sistem. Kami bantu kenal pasti isu seperti syarat tidak cukup, kod bidang tidak sesuai atau dokumen yang perlu dikemaskini.

Mesra, Mudah & Berkualiti

Boss tak perlu pening nak follow up pelbagai perkara. Pasukan kami akan bantu dari semakan awal sehingga proses selesai dengan layanan yang mesra dan profesional.

Dipercayai Kontraktor Di Seluruh Malaysia

Daripada pendaftaran baharu hingga pembaharuan lesen, UrusLesen membantu kontraktor di seluruh Malaysia mengurus urusan CIDB, SPKK, STB dan MOF dengan lebih mudah dan teratur.

Sama ada syarikat boss berada di Kuala Lumpur, Johor, Selangor, Pahang, Sabah atau Sarawak, pasukan kami bersedia membantu tanpa perlu boss pening dengan proses, syarat dan dokumen yang rumit.

Fokus projek. Kami urus lesen.

Ramai Kontraktor Datang Dengan Masalah. Pulang Dengan Penyelesaian.

Setiap syarikat mempunyai cabaran yang berbeza.

Ada yang mahu daftar CIDB buat kali pertama. Ada yang perlu pembaharuan segera. Ada juga yang pernah kena reject sebelum ini.

Inilah pengalaman sebenar pelanggan yang telah mendapatkan bantuan daripada UrusLesen.

Pasukan Mesra Yang Memahami Keperluan Kontraktor

Team Leader
Aishah
Menyelaras operasi dan memastikan setiap permohonan diurus dengan teratur. Berpengalaman membantu kontraktor memahami syarat, dokumen dan tindakan yang diperlukan bagi setiap jenis permohonan.
Konsultan CIDB & MOF
Wani
Membantu kontraktor berkaitan pendaftaran baharu, pembaharuan lesen, kod bidang dan keperluan pematuhan yang diperlukan untuk memastikan syarikat kekal layak menjalankan projek.
Konsultan CIDB & MOF
Sofia
Membantu pelanggan mendapatkan maklumat yang jelas mengenai proses, syarat dan dokumen yang diperlukan serta memastikan pelanggan menerima kemaskini sepanjang proses permohonan.

Soalan Lazim

Keperluan bergantung kepada jenis syarikat dan gred yang dipohon.

Pasukan UrusLesen akan menyemak keperluan syarikat boss dan memberikan senarai dokumen yang diperlukan sebelum permohonan dibuat.

Tempoh bergantung kepada kelengkapan dokumen, semakan pihak berkuasa dan jenis permohonan.

Dokumen yang lengkap dan tepat biasanya membantu mengelakkan kelewatan yang tidak perlu.

Ya.

Ramai pelanggan menghubungi kami selepas permohonan mereka ditolak.

Pasukan kami akan menyemak punca sebenar penolakan dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil sebelum permohonan dihantar semula.

Jangan panik.

Langkah pertama ialah menyemak status lesen dan tempoh tamatnya. Pasukan kami boleh membantu menilai pilihan yang ada dan tindakan yang perlu diambil berdasarkan situasi syarikat boss.

Ya.

Pemilihan kod bidang yang tepat sangat penting kerana ia mempengaruhi kelayakan syarikat untuk mengambil projek atau menyertai tender tertentu.

Kami boleh membantu menyemak kesesuaian kod bidang berdasarkan aktiviti perniagaan syarikat.

Boss hanya perlu menyediakan dokumen yang diperlukan.

Pasukan kami akan membantu menyemak, menyusun dan mengurus proses permohonan serta memberikan kemaskini status sepanjang proses berjalan.

Kebanyakan urusan boleh dilakukan secara atas talian melalui WhatsApp, email dan panggilan telefon.

Ini memudahkan kontraktor di seluruh Malaysia mendapatkan bantuan tanpa perlu hadir ke pejabat.

Ya.

Kami membantu urusan pendaftaran baharu, pembaharuan, kemaskini maklumat dan penambahan kod bidang MOF untuk syarikat yang ingin menyertai tender kerajaan.

Kerana ramai kontraktor tidak mahu mengambil risiko permohonan ditolak akibat dokumen tidak lengkap, syarat yang tidak dipenuhi atau kesilapan semasa permohonan.

Pasukan kami membantu menyemak keperluan dan memastikan proses diurus dengan lebih teratur.

Itulah sebabnya kami menyediakan konsultasi awal.

Pasukan kami akan menyemak situasi syarikat boss terlebih dahulu dan menerangkan pilihan yang tersedia sebelum sebarang tindakan diambil.

Panduan CIDB & MOF Untuk Kontraktor

Dapatkan panduan, tips dan maklumat terkini berkaitan CIDB, MOF, SCORE, CCD Point, kod bidang dan perkara penting yang perlu diketahui oleh kontraktor sebelum mengambil projek atau menyertai tender.

Ada Masalah Berkaitan CIDB Atau MOF?

Tak pasti syarat yang diperlukan? Pernah kena reject? Lesen hampir tamat tempoh? Atau nak tahu kod bidang yang sesuai untuk syarikat boss?

Hantar pertanyaan melalui borang ini dan pasukan kami akan semak serta membantu memberikan panduan yang sesuai berdasarkan keperluan syarikat boss.

Konsultasi awal adalah percuma.

Loading

Nak Semak Status Lesen Syarikat?

Berbincang dengan pasukan kami untuk mengetahui keperluan, dokumen dan tindakan yang perlu diambil bagi kes syarikat boss.

Office: No 46, Jalan Semilang 1, Taman Seri Putera, 42700, Banting, Selangor.

Office: 03-31878882
Hotline: 014-625 4363 | 014-629 4363 | 010-783 4363